23 May

Pengenalan Kepada Karangan Fakta


1. Isi karangan anda mesti mempunyai FAKTA atau buah fikiran utama.


2. Untuk menghuraikan fakta tersebut anda mungkin perlu bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan seperti mengapa, di mana, apakah puncanya, bagaimana, dan sebagainya.


3. Tulis beberapa pernyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana jabatan, kementerian, dan tokoh-tokoh penting mengenai tajuk utama atau fakta yang telah dinyatakan itu.


ADAKAH ANDA FAHAM?




6. Sekali sekala anda bolehlah mencantumkan dua isi pendek dalam satu perenggan tetapi biasakan menulis satu perenggan satu isi.

KARANGAN JENIS FAKTA / RENCANA

Sekiranya anda memilih untuk membuat karangan jenis ini, pastikan ianya:

Ditulis dalam bentuk format biasa

karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.

jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya

fahamkan kehendak soalan. Contohnya karangan yang bertajuk burung.Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau burung peliharaan murid.

pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.

senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.

setelah mengemukakan pengenalan, tulis bahagian isi

pastikan anda dapat menyediakan 4 isi

kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi

setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.

masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.

setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.

gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.


Rangka karangan


Pendahuluan -

Perenggan ke-2 -

Perenggan ke-3 -

Perenggan ke-4 -

Penutup -

Karangan berfakta ini sebenarnya adalah

jenis karangan berformat ialah :

surat rasmi

surat tidak rasmi

laporan

minit mesyuarat

berita

rencana

dialog/wawancara/forum

ucapan/syarahan/ceramah/taklimat

ulasan buku/resensi


Pendahuluan dalam sesebuah karangan itu amat penting. Ia akan memberikan gambaran pertama kepada pemeriksa tentang mutu penulisan yang akan diperiksanya.


Apa yang harus ada pada kandungan PENDAHULUAN?

1. Jangan masukkan isi

2. Setakat 50 - 60 patah perkataan

3. Tepat (menjurus kepada soalan)

4. Jelas

5. Satu perenggan sahaja

6. Kaitkan dengan isu-isu semasa

Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam penulisan karangan, antaranya:

1. pendahuluan berbentuk persoalan

2. pendahuluan berbentuk definisi

3. pendahuluan berbentuk fakta

4. pendahuluan berbentuk peribahasa

5. pendahuluan berbentuk sejarah

https://www.youtube.com/watch?v=2i_VJ84_mR4 


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING