23 May



PENILAIAN

Ciri-ciri Karangan Cemerlang

Sesebuah karangan yang cemerlang harus memenuhi kriteria-kriteria yang berikut :

· Sekurangnya-kurangnya menuis dua ungkapan menarik seperti peribahasa, hadis, cogan kata, kata-kata orang ternama, pantun dan seumpamanya.

· Sekurang-kurangnya terdapat dua variasi ayat seperti ayat tanya, ayat majuk, ayat aktif, ayat pasif dan seumpamanya.

· Sekurang-kurangnya terdapat dua kosa kata berdarjat tinggi seperti macapada ini, anjakan paradigma, menggembleng sinergi dan sebagainya.

· Karangan mesti ditulis berselang sebaris antara perenggan.

· Lima perenggan isi mesti terdiri daripada isi pokok, huraian, contoh dan penegas.

· Setiap ayat yang ditulis mesti mempunyai subjek dan predikat yang lengkap.

Tulisan kemas, bersih dan selesa dipandang.

Aspek yang Dinilai

· Pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.

· Pelbagai ayat majmuk yang gramatis.

· Laras bahasa sesuai.

· Kosa kata luas dan tepat.

· Idea relevan, huraian jelas dan matang, contoh yang sesuai.

· Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan sesuai danseimbang.

· Wacana lengkap, ada kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

· Unsur bahasa bervariasi.

· Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan menarik seperti peribahasa dan sebagainya.

Kelemahan Calon

· Gagal mengarang mengikut jumlah kata yang dikehendaki.

· Mampu menulis tujuh perenggan tetapi setiap perenggan tidak seimbang.

· Calon menggunakan peribahasa yang tidak sesuai.

· Kosa kata yang digunakan terhad / umum.

· Memulakan ayat dengan salah – menggunakan itu / ini

· Idea tidak menunjukkan kematangan calon.

· Menghuraikan dua isi dalam perenggan yang sama atau satu isi dalam dua perenggan.

· Calon terlupa menulis ayat penegas/kesimpulan dalam setiap perenggan


Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Semoga perkongsian ini bermakna bagi anda. ;)

Terima Kasih.



RUJUKAN

https://www.gpsbestari.com/tip/tip-mengajar/bongkar-teknik-menulis-karangan-bahasa-melayu-yang-ohsem-ini-didedah-pelajar-cemerlang-spm-1.655263 

http://hidupringkas.com/kehidupan/7-sebab-kenapa-anda-perlu-belajar-menulis/ 

https://www.google.com/search?ei=M6DmXKSLNY6kwgPmmJT4BQ&q=KAEDAH+KARANGAN+FAKTA&oq=KAEDAH+KARANGAN+FAKTA&gs_l=psy-ab.3...10846.12813..13041...0.0..0.120.664.5j2......0....1..gws-wiz.......0i71j35i304i39j0i13.spQFhEivtQI 

https://www.youtube.com/watch?v=2i_VJ84_mR4 

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING