Langkah-langkah merealisasikan gejala buli sifar di sekolah
Pendahuluan Berbentuk Fakta
TOPIK: Bersama Memerangi Buli
Gejala buli di sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar dibendung. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan meningkat setiap tahun. Hakikatnya, buli di sekolah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, malah perlu ditangani segera. hal ini keran sekiranya gejala ini terus berlaku akan menyebabkan masa depan menghadapi pelbagai masalah negatif dalam kalangan masyarakat.
CONTOH PENULISAN PENDAHULUAN
Pendahuluan:
Tema : Menurut Kamus Dewan edisi-4 buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Secara umumnya,buli turut di definisikan sebagi perbuatan negatif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah. Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa,aman,tenteram dan harmoni.
Isu: Seperti yang sedia maklum ,masalah buli kini semakin hari semakin hangat diperkatakan dan telah menjadi suatu perkara yang membimbangkan di Malaysia. Sebagai contohnya,baru-baru ini telah berlaku kejadian buli di Maktab Tentera Darat. Kes buli ini telah menjadi isu besar yang mengakibatkan kematian pelajar lelaki tingkatan 4 dipercayai dibuli oleh senior-seniornya. Jadi, kes ini perlu diambil berat supaya tidak berleluasa.
Arahan: Sebelum kudis menjadi tokak, langkah-langkah yang pragmatik dan efektif perlu diambil segera untuk membendung fenomena ini daripada berleluasa.
CONTOH PENULISAN ISI
Isi 1
I – memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak sejak kecil lagi – melentur buluh biarlah dari rebungnya (U)
M - unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di akhirat nanti
Ba – ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengerjakan solat – solat itu tiang agama yang dapat mencegah kemungkaran
K – Anak-anak tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.
P – Pendidikan agama merupakan perisai yang paling ampuh untuk menangkis gejala negatif seperti kes buli
Isi 2
I – Peranan media massa
M – merupakan wahana yang berkesan untuk mendidik manusia / berupaya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia
Ba - Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok.
K – di samping memberikan hiburan, media massa dapat menyifarkan gejala buli dalam masyarakat
U – serampang dua mata / sambil menyelam minum air
P – Tanggungjawab sosial media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak juga amat penting dalam menangani masalah buli
Isi 3
I – Peraturan yang tegas
M – memberikan keinsafan kepada pembuli dan menjadi pengajaran kepada orang ramai – yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan (U)
Ba –hendaklah dilaksanakan tanpa ‘memilih bulu’ dan tegas - haruslah telus dalam mengendalikan kes buli – memberikan kaunseling, memanggil ibu bapa, merotan atau dibuang sekolah
K – dapat membanteras kes buli hingga tahap sifar di samping dapat menjamin keselamatan pelajar di kawasan sekolah untuk menimba ilmu
P – Tindakan pihak sekolah dalam mempamerkan kekuasaannya dengan menetapkan peraturan tegas dapat membendung kemelut ini.
Isi 4
I – kempen kesedaran oleh pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO)
M – menyedarkan masyarakat akan isu buli - memberikan pendedahan ilmu kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak
Ba - menganjurkan program-program kesedaran kepada kelompok-kelompok tertentu seperti ibu bapa, golongan pendidik dan remaja secara berterusan dan bukannya bermusim bagaikan hangat-hangat tahi ayam (U) – contoh kempen kesedaran – ‘Katakan Tak kepada Buli’ atau ‘Benci Buli, Rakyat Maju’
K – memberikan kesedaran secara berterusan – mangsa buli dapat mengambil langkah-langkah yang proaktif dan drastik dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa
U – sediakan payung sebelum hujan
P – kempen kesedaran dapat menyifarkan masalah buli
CONTOH PENULISAN PENUTUP
Ayat Kesimpulan (AK)
· Terdiri daripada satu hingga dua ayat .
· Merumuskan keseluruhan karangan.
· Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).
·
Ayat Cadangan (AC)
· Terdiri daripada satu hingga dua ayat.
· Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.
· Tidak memerlukan huraian panjang.
Ayat Harapan (AH)
· Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.
· Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.
· Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.
Peringatan :
· Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.
· Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.
· Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.
Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengarang
1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.
2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4. Perenggan yang seimbang dan sekata.
5. Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi
Penutup
Kesimpulan isi-isi – banyak langkah yang dapat diimplementasikan – sekolah dapat melahirkan modal insan yang berkualiti jika pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan harmoni.
Cadangan – tidak seharusnya mengharapkan usaha pihak berautoriti sahaja – perlu berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Harapan / pujukan - berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia – duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.
Ayat Kesimpulan (AK)
· Terdiri daripada satu hingga dua ayat .
· Merumuskan keseluruhan karangan.
· Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).
·
Ayat Cadangan (AC)
· Terdiri daripada satu hingga dua ayat.
· Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.
· Tidak memerlukan huraian panjang.
Ayat Harapan (AH)
· Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.
· Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.
· Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.
Peringatan :
· Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.
· Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.
· Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.
Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengarang
1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.
2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4. Perenggan yang seimbang dan sekata.
5. Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi
BAHAGIAN PENDAHULUAN
1. Isi karangan anda mesti mempunyai dua perkara utama iaitu?
2. Berapakah jumlah perkataan untuk karangan jenis pendapat?
3. Anda juga boleh menyelitkan unsur bahasa lain seperti?
4. Sebaik-baiknya dalam satu perenggan berapa isi? Mengapa?
5. Antara persoalan yang boleh digunakan untuk menulis karangan jenis pendapat ialah?
PANDUAN
MENGARANG
Secara ringkasnya, perenggan kesimpulan TMP mempunyai bentuk seperti berikut:.
Ayat 1 Ayat penyataan tema(Akhirulkalamnya,….)
Ayat 2 Ayat rangsangan harapan (Semoga….)
Ayat 3 Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....)
Ayat 4 Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....)
Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....)
4. Sekali sekala selitkan dengan simpulan bahasa yang sesuai dengan tajuk karangan anda.
5. Elakkan kesalahan bahasa yang serius dan sekiranya anda mampu, tulislah ayat yang pelbagai. Ini bermakna karangan anda mengandungi beberapa ayat yang pendek dan beberapa ayat yang panjang dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.